ade soalan bocor tak?
08 November 2010
medical nursing v
assalamualaikum.....pergh medical oh medical. aku tengok kau kecik besar kecik besar je kan. memang best lah jawab 30soalan abcd tadi. sampai naik juling pulak aku bace soalan. pergh, soalan bapaklah senang. tapi kenape time aku jawab gile susah. tu la penangan belajar tak ingat dunie. HAHAHA.
paling best jawab soalan esei. soalan soalan die sebijik sebijik aku pernah nampak. tapi... tapi... nampak je la. tak pernah try jawab pun sebelum nie. haaa tu la padahnye taknak jawab soalan senior. padan lah muke diri sendiri. HEHEHE. junior aku lagi hebat. habis je paper siang tadi, terus mesej mintak soalan semester 4 lepas. nampak sangat nak spot question la tuh. nasib baik aku tak berape ingat soalan ape. kalau tak, confirm budak tu study bende yang aku bagi je kan. okie, aku senior yang baik. kalau jahat, baik aku bagi soalan merapu bagai. HAHAHA.
esok surgical weyh. tak sabar nak muntah bagai bende yang dah bace. bende yang tak bace jangan keluar esok okie. AMIN~
jangan give up
sebelum berjuang !
hey, memandangkan ini minggu exam. jadi aku tak segan selu nak kongsi tips untuk exam. jadi, marilah ramai ramai dengar misi berceramah yeee. (okie, sile buat muke annoying GILE ><)
PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA
1) Kurangkan makan bawang besar
2) Kurangkan makan berempah
3) Kurangkan makan ketumbar kering
4) Kurangkan menonton hiburan
5) Kurangkan membaca majalah hiburan
6) Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
7) Kurangkan minuman air batu,air dalam tin
8) Kurangkan makan organ dalaman ayam
9) Jangan makan kepala ikan
10) Jangan minum air yang ada semut
11) Jangan tidur selepas subuh
12) Jangan tidur selepas asar
13) Jangan tidur selepas makan
14) Jangan makan terlalu kenyang
15) Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
16) Jangan menyapu rumah pada waktu malam
17) Jangan makan yang masam-masam berlebihan
18) Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
19) Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN
1) Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
2) Selalu makan makanan yang panas2
3) Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
4) Selalu minum air masak
5) Selalu makan ulam2
6) Selalu mengamalkan pandangan hijau
7) Selalu bersenam
8) Selau menggunakan imaginasi otak
9) Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
10) Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai (yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan
11) Jangan ego
12) Jangan dengki pada orang lain
13) Jangan makan dari sumber yang tidak halal
14) Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
15) Jangan makan makanan yang ada pewarna
16) Jangan makan makanan yang ada pengawet
17) Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
18) Jangan mandi selepas 9.00malam
DAN..............
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila -bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
`ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.`
p/s : muke sangat rase nak SEPAK
please jangan layan orang macamnie okies~
SELAMAT MAJU JAYE
^^
^^
words spilled @ Monday, November 08, 2010 /
leave comment here ⋄