senarai peraturan dari seorang ayah untuk boyfriend anaknye ^^
26 September 2010
suatu hari, sebelum si anak ingin keluar berdating bersame boyfriend kesayangannye.tibe tibe si bapak memberi satu list yang agak panjang tak panjang la jugak kepade si anak untuk beliau beri kepada si boyfriend tersebut.
10 PERATURAN SEBELUM KAU BAWAK ANAK AKU KELUAR KE MANE MANE :-
Peraturan 1:
Kalo kau sampai kat pagar rumah aku pastu dok hon…hon, pastikan yang kau bawak barang yang nak dihantar..sebab kau takkan ambik ape2 atau sesapa pun dari rumah aku.
Peraturan 2:
Jangan kau dok pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Kau hanye boleh pandang dia, selagi mata kau tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo kau rase takleh jaga tangan kau dari dok pegang2 anak aku, aku boleh tolong cabut dan jaga tangan kau kat rumah aku nie haa.
Peraturan 3:
Aku tahu sekarang nih fesyen budak2 lelaki pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender kan. Aku ni memang jenis open-minded, so aku takkan suruh kau pakai seluar tu elok2 macam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar kau takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar kau kat pinggang.
Peraturan 4:
Aku rasa mesti kau tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalau tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, kau mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh kau satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalau dengan anak aku ni, aku lah pelindung kondom tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan kau dan kemungkinan besar akan bunuh kau jugak. Paham?
Peraturan 5:
Biasalah kalo kau nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua kau..kau nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmau dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila kau nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”
Peraturan 6:
Aku rasa kau ni hensem, popular kat kolej/pejabat kau dan banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan kau tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan kau. Tapi, sekali kau dah couple ngan anak aku, kau jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan kau atau dia break-off ngan kau. Kalo kau buat anak aku nangis, aku pulak akan wat kau nangis sampai keluar air mate darah.
Peraturan 7:
Sementara kau menunggu anak aku bersiap untuk keluar, jangan dok mengeluh sane sini kalau dia bersiap lama sangat. Kalo kau nak orang yang punctual, kau leh dating ngan mat askar. Kalo kau rase bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh kereta aku atau cat pagar umah aku ni.
Peraturan 8:
Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai kau kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.
Peraturan 9:
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan kau dari spy2 aku. Kalo aku tanya kau nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, kau ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak beruang kat situ. Kalo aku tembak kepala kau kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.
Peraturan 10:
Kau patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan kau tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang kau nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.
ahha, cuak tak cuak si boyfriend tersebut. entah kan jadi atau tidak untuk keluar tu tatau la pulak kan. akhirnye same same la kite fikir kenape si ayah kasi peraturan sebegitu rupa. macam biase la kan, makayah mane yang tak sayang anak, dan bagi anak die keluar dengan sape sape entah. lagi lagi kalau anak dare kan. si ayah sangat sayang kan anaknye dan kalau boleh nak cakap kat anak tu, takyah la berdating sane sini. bukan peroleh ape ape. tapi kang, kalau si ayah cakap, si anak akan merajuk dan bermogokkan diri taknak makan pulak. ataupun tak pasal pasal si anak lari dari rumah ikut tingkap. tak ke susah kang si ayah nak carik sane sini. last last, si ayah tak sampai la hati nak buat anak bersedih. dan jalan termudah, nasihat si boyfriend. terpulang la si boyfriend nak ikut dnegar cakap atau tak.kalau taknak dengar cakap, memang sah la tak layak nak jadi menantu keluarge. jadi hantu lagi baik kan kan kan. hehehe
conclusion nye ; jangan tunggu lama lama, nanti lama lama, dia diambil orang. (ternyanyi suda). hehehe.ape lah kate, tak usah bercinte dan berkawan lame sangat.kalau hati da suke, insya Allah sampai bile bile suke kan. cepat cepat kumpul duit (bg yg da bekeja), cepat cepat la meminang. yeee idak. hehehe.
akhir kate dari cik shaz, renungkan dan selamat beramal
p/s : cikshaz kawen bile lak yeee? tunguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ><
Labels: emosi TERlebih
words spilled @ Sunday, September 26, 2010 /
leave comment here ⋄